Oneshort: Tulisan Takdir Allah.
June 26, 2013 • 10:47 PM •
Aku berjalan perlahan ingin memasuki pintu masjid di bahagian belakang.
Takut tergelicir memandangkan baru sahaja hujan berhenti sekitar taman
perumahannya. Aku menanggalkan selipar lalu meletakkan di tempat yang selamat.
Biasalah baru-baru ini, kes curi selipar di masjid yang besar ini makin
menjadi-jadi. Aku melihat kanak-kanak
perempuan yang kecil bersebelahan denganku itu cuba membuka kasut comelnya.
Aik! Mana ibunya. Tak ada sesiapa pun yang menolong anak kecil ini. Tanpa
berfikir panjang, aku menolong anak kecil itu. Anak kecil itu senyum padaku.
Alahai comelnya budak kecil ni. Aku membalas senyumannya.
“Mana ibu adik?” tanya
aku selepas selesai membuka kasutnya. Risau jika aku meninggalkan anak kecil
ini keseorangan saja.
Anak kecil itu tidak
menjawab. Tetapi, tangan kecilnya memegang tanganku sambil tersenyum.
Tiba-tiba, anak kecil itu menoleh kebelakang. Seorang wanita bertelekung sepertiku
menghampiri anak kecil sebelahku sambil memanggil nama anak itu.
“A’yun!” panggil wanita
itu. “A’yun buat apa sorang-sorang kat sini? Suka tau tinggalkan Mak su.” ujar
wanita itu. “Maaflah ya kalau anak buah saya ni mengganggu akak. “ ujarnya
padaku.
“Eh! Tak adalah. Saya
cuma tolong adik ni je. Sian tengok adik ni buka kasut tu macam payah sangat”
terangku.
“A’yun ni suka
berdikari. Suka buat kerja sendiri saja. Tak apalah, kak. Kami masuk dulu. ya?’
“Ya, ya” ucapku lalu
mengikut mereka berdua masuk bersama.
Mereka berdua pergi ke
sudut lain. Aku pula ke barisan yang terakhir. Memandangkan pada ketika itu
masih ada kekosongan di situ. Sebelum menunaikan solat Tarawih, aku dahulukan
solat sunat Tahiyatul Masjid sebelum duduk. Setelah itu, aku duduk bersimpuh.
Sebelum menunggu masuknya waktu Isyak, aku mendengar tazkirah daripada imam di
hadapan. Dengar setiap bait kata-kata imam itu, hmm orang Kedah rupanya. Tak
mengapalah. Aku kembali menumpukan perhatian untuk mendengar tazkirah itu.
Makin lama, makin ramai
orang datang memenuhi ruang di dalam masjid ini. Lebih ramai dan tidak seperti
selalu. Agaknya di tengah bulan Ramadhan ni, ada sesuatu yang istimewa. Apa
agaknya ya?
Semasa tazkirah, azan
berkumandang. Semua orang diam. Mendengar azan tersebut. Entah mengapa suaranya
agak lunak sekali dan sungguh syahdu pada pendengaran aku. Pasti orang lain.
Sangka aku. Setelah itu, imam dihadapan meminta semua orang yang hadir di
masjid itu untuk bersama-sama solat jemaah. Aku menurut. Aku cuba merapatkan
shaf. Wanita di sebelah aku menuruti aku dan seterusnya. Aku mulakan solatku
dengan niat seperti biasa.
Takbir yang pertama
sudah kedengaran. Aku menurut. Hatiku rasa tersentap. Aku merenung jauh
mendengar surah yang dibacakan oleh imam dihadapan. Subhanallah. Sungguh merdu
dan lunak suaranya di pendengaranku. Rasa penuh syahdu tika aku mendengar
suaranya yang tidak aku kenali.
Apabila bergema takbir
yang kedua untuk rukuk, aku menurut Hinggalah ke sujud yang terakhir. Selepas
itu, aku bangun semula untuk melakukan solat sunat Tarawih. Selepas selesai
solat sunat Tarawih yang dilakukan hanya lapan rakaat sahaja, ramai orang
berkerumun untuk keluar dari Masjid tersebut. Hanya tinggal segelintir saja
yang menurut imam dihadapan untuk solat Tarawih untuk ke enam belas rakaat.
Niat aku sememangnya untuk solat Tarawih ini enam belas rakaat. Hanya itu saja
yang mampu bagiku.
Setelah selesai solat,
aku bangun dan membiarkan saja telekung di tubuhku. Sebaik saja aku keluar dari
masjid yang besar, aku melihat ramai orang berjalan menuju ke tempat yang sama.
Setahu aku, di belakang masjid ini sememangnya ada dewan yang besar. Dengan
rasa ingin tahu, aku mengikut mereka bersama. Sebaik saja aku sampai di depan
pintu, tertera kain rentang di sebelah pintu utama dewan tersebut. Owh, rupanya
ada majlis ilmu. Ceramah daripada Ustaz Na’il. Siapa dia? Jiran baru di Taman
perumahannya? Agaknya.
Tiba-tiba aku
dikejutkan dengan kehadiran seseorang memanggil aku. Dia mengejutkan aku dari
lamunanku.
“Assalamualaikum, kak!”
ujar gadis itu. Disebelahnya ada seorang kanak-kanak kecil yang baru aku kenali
tadi.
“Waalaikumussalam. Eh,
awak!” aku membalas salamnya sambil tersenyum.
“Akak pun nak dengar
ceramah kat sini ke?” soalnya. Kanak-kanak kecil itu setia memandang aku.
“Akak sebenarnya tak
tahu pulak malam ni ada majlis ilmu. Dah alang-alang kat sini, apa salahnya
pergi sekali, kan?” ujarku membalas pertanyaan gadis itu dengan mesra.
“Betul tu. Mari, kita
pergi sama-sama” gadis itu mengajak aku. Tiba-tiba saja tangan aku seperti
sedang menyentuh sesuatu. Aku terkejut lalu pantas aku memandang tanganku. Owh,
rupanya A’yun yang memegang tanganku. Gadis dihadapanku tersenyum memandang
telatah anak buahnya.
“Jom A’yun, kita masuk
sama-sama” ujar gadis itu.
A’yun dengan pantas
membawa aku bersama, Aku menurut sambil tersenyum. Geli hatiku melihat
kanak-kanak sekecil ini. Kecomelannya terserlah dengan pemakaian tudung kecil
nya itu. Aku ketawa kecil sambil memandang gadis disebelahku.
Ketika memasuki dewan
tersebut, kerusi telah pun disediakan. Kami duduk bersama-sama sambil berbual.
“Siapa nama akak?” ujar
gadis itu mesra.
“Nur Adni Naurah.
Panggil je Adni. Dari kecik dah biasa dengan nama tu. Awak pula, siapa nama?”
ujarku ingin berkenalan
“Saya Za’irah. Nurul
Za’irah” ujarnya.
“Nama adik ni A’yun,
ya? Comelnya dia. Ibu bapa dia mana? Boleh kenal-kenal.” Ujarku sambil mencuit
pipi kanak-kanak kecil itu.
“A’yun ni anak yatim
piatu, kak” ujar Za’irah sayu. Aku terdiam tanpa kata. “Selama ni nenek dan
datuk dia je yang jaga A’yun. A’yun ni kurang bergaul dengan orang lain.
Pendiam sikit.” Za’irah diam. Merenung lantai sejenak. “ A’yun je satu-satunya
anak buah saya.” Sambung Za’irah lagi.
“Saya….”
“Tak mengapa, kak.
Jangan risau. Saya ok. Perkara tu dah jadi bertahun lepas. Saya dah lupakan
semua tu” ujar Za’irah sambil tersenyum manis.
“Akak minta maaf. “
ucap aku dengan rasa kesal.
Za’irah memandang aku
lalu menggelengkan kepalanya perlahan sambil tersenyum. Aku turut senyum. Aku
faham maksudnya. Za’irah kembali menumpukan perhatian pada majlis ilmu di
hadapan. Aku memandang A’yun. Tangan kecilnya masih lagi memegang tanganku.
Seolah-olah tidak mahu melepaskan tanganku. Aku menarik nafas panjang lalu
menumpukan perhatian ceramah di hadapan.
Jam sudah menginjak ke
angka 10.00 malam. Majlis ilmu sebentar tadi sudah pun tamat. Orang ramai mula
bersurai. Aku dan Za’irah berbual-bual sambil berjalan. Hingga ke luar pintu
utama masjid itu, seseorang memanggil nama Za’irah.
“Irah!” Seorang wanita
tua yang bertelekung sepertiku menghampiri gadis di sebelahku. Seorang lagi
gadis turut mengikut wanita tua tadi.
“Umi!” ujar Za’irah
kepada wanita tua tadi.
“Irah pergi mana tadi?
Baru je nak berbual sekejap dengan jiran umi. Terus hilang entah ke mana. Tergesa-gesa
sangat kenapa? “
“Bukan macam tu umi,
A’yun melintas sorang tadi. Tu yang
Irah ikut dia. Tau-tau A’yun ada kat depan masjid dah. Nasib baik tak ada
apa-apa jadi tadi. “ jelas Za’irah pada ibunya.
“Owh, ye ke? Risau umi
tadi” ujar wanita tua itu sambil melepaskan nafas lega.
Aku memandang
sekeliling. Orang ramai sudah tiada. Tinggal kami di sini saja berdiri di tepi
pintu utama masjid. Mungkin berbual lama tadi hingga tidak sedar orang lain
sudah berkerumun keluar dari masjid. Aku melihat jam di dalam beg telekung yang
aku bimbit. Hmmm. Sudah menginjak ke angka 10.30 malam. Aku harus segera pulang
ke rumah. Takut malam-malam begini bahaya pulang sendirian. Sebelum lewat
malam, lebih baik aku pulang dahulu.
“Err, Za’irah! Akak
pulang dulu ye, dah lewat malam ni. Akak balik dulu ye. “ujar aku tergesa-gesa.
Belum lagi aku mengucapkan salam, ibu Za’irah memanggil aku dengan lembut.
“Eh, nak. Tunggu
sekejap, anak ni nak pergi mana? “ soal ibu Za’irah.
“Err, saya nak balik ke
rumah saya “ jawabku ringkas.
“Nak, lewat malam macam
ni bahaya jalan sorang-sorang. Ikut
kami balik sama-sama ye, nak. Kami pun balik jalan kaki je ni” ujarnya
mempelawa aku mengikuti mereka bersama. Mahu ataupun tidak, aku terpaksa
menerima pelawaan mereka. Takut jika ada apa-apa jadi ketika dalam perjalanan.
Tiba-tiba ada seorang
pak cik tua yang berjubah dan berkopiah datang mendekati kami. Dibelakang nya
ada seorang lelaki yang seperti aku kenali. Setelah mereka berdua mendekati
kami, barulah aku perasan. Lelaki itu ustaz yang memberi ceramah di majlis ilmu
tadi. Setahu aku, namanya Ustaz Na’il. Namanya tertera jelas pada kain rentang
di hadapan masjid.
“Dah siap dah semua?”
soalnya pada ibu Za’irah. Pak cik tua itu memandang aku.
“Maaflah, nak. Anak ni
siapa?” soalnya padaku.
Tidak sempat untuk aku
menjawab, Za’irah yang ada di sebelahku menolongku.
“Abah! Ni kawan Irah.
Baru je kenal. Dia ikut sekali balik dengan kita. Jalan sorang-sorang kan
bahaya” ujar Za’irah pantas.
“Hmm, tak mengapalah.
Anak ni, sorang je ke? Siapa nama?” soal pak cik tua itu dengan lembut.
“Err. Ye. Saya Nur Adni
Naurah.” jawabku ringkas.
“Owh! Cantik nama tu.
Sesuai dengan orangnya” Ibu Za’irah mencelah. Aku pula tersipu malu mendengar
pujian itu.
Kami terdiam sejenak,
lalu lelaki di sebelah pak cik tua itu memanggil A’yun.
“Jom, A’yun kita jalan
sama-sama” ujar lelaki itu sambil mendepakan tangannya pada A’yun. Kini A’yun
sudah ada pada dukungan abangnya.
Aku berjalan bersama
Za’irah. Manakala adik Za’irah, ibu dan ayah Za’irah ada di belakang kami.
Ustaz Na’il dan A’yun berada di hadapan kami. Melihat telatah mereka berdua,
aku ketawa kecil. Aku berbual bersama Za’irah. Barulah aku tahu, Ustaz Na’il
itu adalah abang kepada Za’irah. Ustaz Na’il itu baru menamatkan pengajiannya
di Mesir dan sudah menjadi imam di masjid itu. Lelaki di hadapanku ini sangat
rapat dan manja dengan anak buahnya, A’yun.
Aku melihat A’yun
memandang aku. Lama. Setelah itu, A’yun meminta untuk menurunkannya dari
dukungan abangnya. Aku berhenti melangkah apabila A’yun berlari kecil
mendapatkan aku. A’yun memegang tangan kananku erat dan dibawa ke depan. Tangan
kanan A’yun memegang tangan Ustaz Na’il. Aku terkejut. Kami bertiga berjalan
seiringan. Jarak aku dengan Ustaz Na’il lebih kurang sedepa. Tangan kiri A’yun
memegang tanganku manakala tangan kanannya memegang tangan abangnya. Entah
kenapa tiba-tiba muka aku merah padam.
Aku memandang Za’irah
minta pertolongan. Za’irah pun tidak tahu nak buat apa. A’yun seorang yang
manja. Sukar untuk menolak permintaan anak kecil ini. Hanya mampu tersenyum
melihat aku. Ibu bapa Za’irah juga memandang aku sambil tersenyum.
Sepanjang perjalanan,
aku diam tak terkata sambil menunduk wajahku. Tak terlintas di hati atau di
fikiran pun untuk melihat wajah Ustaz Na’il. Malah ketika majlis ilmu,
pandangan aku kabur hanya menumpukan kata-katanya sahaja.
Akhirnya aku buat
keputusan untuk meminta Za’irah berjalan di sebelahku bersama A’yun. Aku
menarik tangan Za’irah jalan seiring denganku. A’yun tetap tidak mahu
melepaskan tanganku. Aku berasa lega Za’irah ada disebelahku. Menjadi teman
berbual aku.
Dua puluh minit
berlalu. Akhirnya aku melepaskan nafas panjang perlahan-lahan. Kami tiba di
rumah teres setingkat kepunyaan aku dan rakanku. Ketika di depan pagar, A’yun
melepaskan tangan pimpinan Ustaz Na’il. Lalu A’yun menyalami tanganku sambil
mengucup tanganku. Aku tersenyum. Alahai, pandai anak kecil ni. Setelah itu,
A’yun pergi mendapatkan Za’irah di sebelahku. Ustaz Na’il memandang gelagat A’yun
sambil tersenyum kecil.
“Ini rumah Adni ke?”
tanya ibu Za’irah dengan lembut.
“Ye, mak cik” jawabku
ringkas sambil mengangguk kepalaku.
“Sorang ke?”
“Eh! Tak lah. Saya
tinggal dengan kawan saya” jawabku. Aku memandang telatah A’yun bersama
Za’irah.
Ibu Za’irah mengangguk
dan mengiakan kata-kataku. “Takpelah kalau macam tu. Risau jugak kamu tinggal
seorang saja. Takpelah kalau ada housemate
sekali.” Diam sejenak.
Tiba-tiba saja ibu
Za’irah datang menghampiri aku lalu membisikkan sesuatu kepadaku.
“Mak cik minta maaf
sangat ye nak, pasal A’yun tadi. Mesti muka kamu merah padam tadi” ucap ibu
Za’irah kesal.
“Eh! Takdelah. Saya ok.
Biasalah budak. Tak mengapa, saya faham” ucap aku dengan wajahku mula merah
padam. Mataku melirik ke arah Ustaz Na’il yang sedang berbual rancak dengan
ayahnya. Nasib baik dia tak dengar. Rasa macam nak letak muka ni kat dalam
bantal je. Malunya! Bisik hati kecilku.
“Takpelah kalau macam
tu, kami balik dulu ye, nak? Assalamualaikum” ucap ibu Za’irah. Yang lain turut
mengucapkan salam padaku. “Waalaikumussalam. Terima kasih banyak, ye” jawabku
dengan senyuman mesra. Mereka membalas senyumanku.
Aku masuk ke dalam
rumah lalu aku mengunci pintu pagar dan pintu rumah dengan rapi. Tiba-tiba aku
terlihat rakan serumahku yang datang dari tingkat atas. “Assalamualaikum.” Ucap
aku pantas.
“Waalaikumussalam. Dah
habis dah ke? Kenapa lambat?” tanya rakanku, Umamah yang sekarang ini merupakan
pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
“Sebenarnya tadi ada
majlis ilmu, kak. Tu yang lewat sikit je ni” jawabku.
“La..yeke?” Umamah
melihatku yang sedang menaiki tangga. “A’ah, kak. Takpalah. Saya naik atas dulu
ye” ujarku.
“Yelah, dik. Adni dah
makan ke belum? Akak dah masakkan makanan untuk adik. Adni makan dulu ye? Akak
banyak kerja ni” pesan Umamah pada Adni.
“Alright, kak!” ujar
Adni sambil menunjukkan barisan giginya yang putih. Adni terus berlari anak
menaiki tangga ke tingkat atas. Gelagat Adni menceriakan Umamah yang dirinya
sedang dalam keadaan sibuk dengan kerjanya.
Malam itu juga aku
bersiap sedia untuk esok. Aku menggosok baju kurung untuk hari esok. Buku-buku
siap tersusun di dalam beg. Esok aku sudah bemula untuk sesi mengajar di Tadika
Sri Cahaya. Berdekatan dengan kawasan perumahanku. Aku berperanan sebagai guru
agama di tadika tersebut. InsyaaAllah semuanya berjalan lancar.
KEESOKAN paginya, aku menunaikan solat subuh. Memandangkan sesi
pengajaran aku bermula pukul lapan pagi. Umamah juga turut bersiap untuk
bekerja. Umamah sudah bertolak daripada rumah tepat pukul tujuh pagi. Dia lebih
awal daripada aku.
Tiga puluh minit
sebelum pukul lapan pagi, aku bersiap. Baju kurung dan tudung labuh tersiap
kemas di tubuhku. Aku mengunci semua pintu dan tingkap sebelum keluar. Setelah
semuanya sudah selesai, aku bertolak menaiki kereta Myvi kepunyaanku.
Aku tiba tepat lima
belas minit sebelum pukul lapan pagi. Sebaik saja aku keluar daripada perut
kereta, ramai kanak-kanak comel berlari anak bersama kedua ibu bapa mereka
memasuki ke pintu pagar tadika agama tersebut. Suka aku melihat telatah mereka.
Tanpa berfikir panjang,
aku memasuki pintu pagar tersebut dan aku menemui guru yang banyak membantu aku
untuk temuduga mengajar di tadika ini dua minggu yang lepas.
“Assalammualaikum,
cikgu” ucap aku mesra.
“Waalaikumussalam. Eh,
Ustazah Adni. Macam mana hari ni? Ok tak?” ujar Ustazah Qasidah mesra. Hari
pertama sudah menggelarku ustazah.
“Alhamdulillah. Nervous
sikit je.” Ujar aku malu-malu.
“Hehe. Ala, hari
pertama memang macam tu. Ustazah masuk la dulu.” Jemput Ustazah Qasidah.
Aku mengikut Ustazah
Qasidah melangkah masuk ke dalam. Tiba-tiba aku berhenti melangkah kerana ada
sesuatu yang menarik lengan bajuku. Aku berpaling. Ah! A’yun.
Aku terkejut dan terpanar.
Bagaimana A’yun sentiasa ada saja kemana aku pergi? Barulah aku perasan. Baju
yang dipakainya adalah baju uniform tadika agama ini. A’yun belajar kat sini
ke? Soal aku bertalu-talu di segenap ruang fikiranku.
“Eh! A’yun. Kenapa
seorang je ni. Mak su mana?” soal aku.
“Mak su kat dalam
kereta” jawab A’yun. Aku terpanar. Ini lah kali pertama aku mendengar suara
A’yun yang comel. Kelmarin A’yun hanya diam saja. A’yun pantas memegang erat
tanganku.
“A’yun. Kalau A’yun nak
pergi ke sini, jangan seorang saja. Bahaya la A’yun. Tunggu Mak su. Nanti Mak
su risau. Jangan buat lagi tau.” Pesan aku. Sungguh aku berasa sangat risau
A’yun keseorangan.
Seketika kemudian,
Za’irah pantas mendapatkan A’yun.
“Alahai A’yun.
Janganlah buat mak su macam ni. Eh? Kak Adni. Assalamualaikum” ucap Za’irah.
“Waalaikumussalam. Irah
apa khabar?”
“Khabar baik, kak. Kak
Adni buat apa kat sini?”
“Akak mengajar kat
sini, dik.” Jawab aku.
“La. Yeke? A’yun
belajar kat sini. Irah selalu hantar A’yun ke tadika ni la.” Ujar Za’irah
gembira.
“Owh. Patutlah A’yun
pakai uniform ni. Eh, cepatlah masuk dah lewat ni. Biar akak bawak A’yun masuk,
ye?” ujar aku mesra.
“Oklah macam tu, kak.
Irah pun nak cepat ke kuliah ni. Terima kasih, ye kak. Assalamualaikum.” Ucap
Za’irah tergesa-gesa.
“Waalaikumussalam.”
Balas aku mesra. Pantas aku memimpin tangan A’yun masuk ke dalam tadika
tersebut.
Selepas beberapa jam
sesi pembelajaran. Waktu rehat menceriakan kanak-kanak di situ.
“Ustazah, tolong
tengokkan budak-budak kat depan tu.” minta Ustazah Latifah mesra. Seorang lagi
guru yang bertugas mengajar di tadika agama ini.
“Baiklah kak” aku
turuti kata-katanya. Pantas aku berlalu melihat keadaan kanak-kanak comel
bermain di luar. Ustazah Qasidah menghampiriku.
“Assalamualaikum,
ustazah”
“Waalaikumussalam kak
Qasidah. Akak tak perlu la panggil saya ustazah. Panggil je Adni. Heheh”
ujarku. Segan aku apabila Ustazah Qasidah memanggilku ustazah. Tapi aku
menyukai gelaran itu. Aku lebih suka anak muridku menggelarku panggilan itu.
“Heheh. Saja nak
mengusik. Akak tengok Adni mesra dengan A’yun tu. Dah kenal lama ke?” tanya
Ustazah Qasidah.
“Hmm. Tak lah juga.
Kenal dengan mak saudaranya saja lah. Itupun baru je kenal malam semalam. Malam
semalamkan ada ceramah kat masjid.” Ujarku.
“Oh! Ceramah Ustaz
Na’il ye? Akak pun ada kat situ jugak. Setahu akak, ustaz tu baru je balik dari
Mesir” jelas ustazah Qasidah, wanita yang mempunyai dua orang anak itu. Aku
mengiakan saja.
KANAK-KANAK kecil sudah
tidak sabar ingin pulang ke rumah. Masing-masing sudah mengemas beg sekolah
untuk pulang. Tepat pukul 11.00 semua kanak-kanak tadi berlari anak keluar dari
pintu tadika. Aku menunggu di sisi pagar untuk memerhati kanak-kanak itu
sentiasa di bawah jagaanku. Anak muridku bersalaman denganku dan mengucapkan selamat
tinggal. Ibu bapa yang dari tadi menunggu akhirnya seronok berjumpa dengan anak
mereka. Aku tersenyum gembira melihat kanak-kanak riang berlari anak
mendapatkan ibu-bapa mereka. Ah! Comelnya mereka. Aku amat suka dengan
pekerjaanku sekarang sebagai guru agama tadika.
Aku melihat A’yun
berlari anak mendapatkanku. Dia bersalaman denganku dan mengucapkan selamat
tinggal. Aku membalasnya. Aku mencubit lembut pipi gebu A’yun. Sungguh comel.
Aku terpanar apabila A’yun memeluk aku. Entah kenapa aku merasa selesa dengan
A’yun. A’yun cepat bermesra denganku.
“Assalamualaikum,
ustazah” ucap seorang lelaki memanggil aku. Aku meleraikan pelukan erat A’yun.
Aku terus bangun sambil memegang tangan A’yun yang kecil itu. Aku ternampak
seorang lelaki berkemeja dan berkopiah menghampiri kami berdua. Ustaz Na’il.
“Waalaikumussalam,
ustaz. Ustaz nak bawa A’yun balik ke?” soalku lembut.
“A’ah. Za’irah tak
dapat nak ambil A’yun. Dia masih lagi ada kuliah” jelas Ustaz Na’il. Suaranya
lembut berbicara.
“Owh, ye ke? Tak pelah
kalau macam tu”
A’yun terus mendapatkan
Ustaz Na’il lantas mendukung A’yun. Dari situ nampak kemesraan mereka berdua.
“Oh ye! Rumah keluarga
saya nanti ada buat majlis doa selamat. Za’irah minta saya tolong jemput
ustazah sekali.” Ujar Ustaz Na’il.
“Oh ye ke? Kalau
berkesempatan InsyaaAllah saya ajak kawan saya sekali pergi sama-sama. InsyaaAllah”
ujarku. Ustaz Na’il mengiayakan lalu meminta diri untuk pulang.
Ustaz Na’il mengucapkan
salam. Aku membalasnya lalu mereka berdua pulang menaiki kereta. A’yun
melambaikan tangannya kepadaku. Aku membalasnya. Sejak dari tadi senyumanku
tidak lekang melihat kemesraan mereka sekeluarga. MasyaAllah. Indahnya hidup
dengan bersyariatkan Islam dan budaya Islam dengan baik.
Dua minggu selepas itu,
aku dan rakan serumahku, Umamah pergi ke rumah Za’irah atas jemputannya untuk
majlis doa selamat. Yang menjadi imam kami ialah Ustaz Na’il dan mengatur
urusan majlis yang ringkas ini.
Setelah selesai,
keluarga Za’irah menjemput makan pula. Setelah itu, aku rancak berbual dengan
Za’irah dan Za’irah mesra berkenalan dengan Umamah. Tiba-tiba aku terlihat ibu
Za’irah menghampiri kami dan turut berbual bersama. Rakan ibunya sudah pulang
rupanya. Bisik aku.
“Umamah apa khabar?
Sihat?” tanya ibu Za’irah setelah mula berkenalan dengan Umamah. Umamah
menjawab pertanyaannya dengan mesra.
“Adni pula, apa khabar?
Sihat?” tanyanya lagi. Kali ni padaku.
“Alhamdulillah, sihat,
mak cik”
“Alhamdulillah. Mak cik
nak tanya, mak dan ayah Adni selalu datang sini ke?” soalnya
“Err.. sebulan atau dua
bulan sekali je datang rumah. Selalu tengok-tengokkan jaga saya je la. Kenapa
mak cik?” soalku. A’yun mula menghampiri dan duduk di ribaku.
“Tak ada apa-apa. Kalau
dapat berkesempatan jumpa dengan mak dan ayah Adni, bolehlah kenal-kenal. Adni
ni baik sangat. Bolehlah buat menantu.” Aku terkejut. Aku hanya mampu tersenyum
saja. Aku tidak ambil serius tentang perkara ini. Aku mula tersipu-sipu malu.
Dua bulan telah
berlalu. Dalam tempoh terdekat itu, hubunganku makin rapat dengan keluarga
Za’irah. Za’irah rajin melawat ke rumahku. MasyaAllah, Za;irah sangat baik. Tak
tahu bagaimana aku ingin membalas jasanya.
PADA suatu hari, ibu
dan ayahku memberi khabar bahawa mereka akan melawat datang ke rumahku.
Seminggu mereka menetap di rumahku, aku gembira. Tiba-tiba keluarga Za’irah
datang setelah mendengar khabar bahawa ibu dan ayahku ada di rumah. Aku ke
dapur dan menyiapkan hidangan untuk mereka. Mereka rancak berbual dengan kedua
ibubapaku membuatkan aku lebih gembira. Alhamdulillah, dapat mengeratkan
hubungan silaturrahim sesama Islam.
Setelah selesai,
keluarga Za’irah pulang dengan gembira. Tak sangka keluarganya begitu mesra
berbual dengan keluarga. Malam itu juga ibu dan ayahku bertanyakan sesuatu
padaku.
“Adni dah lama ke kenal
dengan keluarga Za’irah tu?” Aku mengangguk.
“Adni tahu tak kenapa
mereka datang sini?” Aku menggeleng. “Apa dia?”
“Mereka datang merisik
tadi.” Aku terkejut. “Untuk siapa?” tanyaku.
“Untuk kamu la. Siapa
lagi anak mak dan ayah.” Aku jadi lebih terkejut. “Dengan siapa?”
“Dengan anak lelaki
mereka tu, Na’il. Tadi mak dan ayah ada la cadangkan jika Adni setuju dengan
lamaran tu, boleh la teruskan dengan bertunang dahulu. Mak pun dah berkenan
dengan anak lelaki mereka tu.” Aku bertambah terkejut. Ya Allah, apa yang
Engkau sedang aturkan untukku. Muka aku mula merah.
Malam itu juga aku
solat istikharah meminta petunjuk daripada Allah. Ya Allah, jika dia yang
diaturkan jodoh untukku. Maka satukanlah hati kami di bawah keredhaanmu, Ya
Allah. Sesungguhnya tiada apa yang lari dari pengetahuanMu. Sesungguhnya,
Engkaulah Maha Mengetahui. Semoga dia dapat menjadi pilihan imam yang terbaik
untukku. Ya Allah, aku reda. Aamiin. Bisik hatiku.
Ketika menjelang subuh,
aku menunaikan solat subuh. Setelah selsai aku berdoa agar keputusan yang aku
bakal buat membawa keredhaan Allah. Telefon berdering. Mesej baru masuk. Na’il?
“Assalamualaikum, Adni.
Maaf. Maaf jika saya mengganggu awak. Saya tahu perkara ini masih baru buat
kita. Dan saya tahu awak pun masih belum bersedia. Adni, jika awak jodoh saya,
Allah pasti akan temukan hati kita di bawah keredhaan Allah. Redha Allah itu
penting dalam kehidupan kita. Dan segala yang kita lakukan adalah kerana Allah.
Dan keredhaan Allah itu yang dapat membahagikan kehidupan kita. InsyaaAllah.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Saya juga mencintai
awak kerana Allah. Jika perkahwinan yang membawa keredhaan Allah, InsyaaAllah,
bahagia dunia dan akhirat. Awak solatlah istikharah. Jika saya bukan jodoh
awak. Saya terima seadanya. Sekali lagi, minta maaf jika saya ganggu awak. Awak
ambillah berapa masa yang awak nak. Saya akan tunggu. Assalamualaikum.”
Aku mula sebak, dengan
keadaan aku memakai telekung dan menghadap kiblat, aku berdoa. Ya Allah, hanya
Engkau saja yang tahu isi hatiku. Bisik hatiku. Air mataku jatuh kerana
terharu. Ya Allah, aku juga mencintanya keranaMu, Ya Allah. Semoga dia dapat
menjadi imam kepada solatku. InsyaaAllah.
DUA bulan selepas itu,
aku bertunang. Dan tidak lama lagi aku akan melangsungkan perkahwinan dengan
bakal imamku, Ustaz Na’il. Entah kenapa, aku gembira dan seolah-olah hatiku
terasa bahagia. Rasulullah s.a.w juga berpesan, carilah jodoh kerana agamanya,
InsyaaAllah sejahtera hidup.
Inikah yang aku rasai.
Hatiku terasa bahagia. Bukan kerana bahagia atas kekayaan atau pangkat. Tetapi
kerana agama yang dipegang utuh oleh Na’il. InsyaaAllah semoga dia dapat
membahagiakanku di jalan Allah. Subhanallah. Indahnya hidup bersyariatkan
Islam. Indah juga bercinta kerana Allah. Jodoh, ajal atau rezeki seseorang itu
adalah rahsia Allah. Siapa kita, hamba Allah ini ingin mengetahui rahsia Allah
s..w.t . Sesungguhnya Allah itu Maha Adil kepada setiap hambanya.
Seperti firman Allah. (Lazimnya)
perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan
lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya)
perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki
yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah
bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat) mereka
(yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang
mulia. (Surah An-Nur Ayat 26).
Jika inilah tulisan
takdir Allah. Subhanallah. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya. Semua
takdir Allah s.w.t adalah yang terbaik. InsyaaAllah niat ikhlas kerana Allah,
Allah s.w.t akan tunjukkan jalan yang diredhai Allah. Semoga kita menjadi hamba
yang sentiasa taat kepada Allah s.w.t dan bersama mencapai kebahagiaan di dunia
dan di akhirat. InsyaaAllah.
TAMAT
Oneshort
by: Ani Mustapa (animustapa.blogspot.com)
Labels: OneShort