OneShort: Cinta Yang Terhalang
November 28, 2012 • 9:23 PM •
FAUZ
tergesa-gesa keluar dari perut kereta mewahnya yang dipandu oleh pemandu
peribadinya. Fauz pantas menggalas beg laptopnya lalu berlari sambil menarik
bagasinya menuju ke kaunter. Mata Fauz melirik pada jam tangannya. Sudah hampir
menjangkau pukul 4.30 petang. Pesawat yang bakal dinaiki olehnya akan dijangka
tiba pada pukul 5.15 petang. Sudah terlewat untuk menghantar bagasinya ke dalam
kargo. Tetapi, tidak lama lagi akan terlewat untuk mendaftar diri di balai
perlepasan. Seharusnya, aku membaca undang-undangnya dahulu. Penumpang yang
akan menaiki pesawat seharusnya tiba di lapangan terbang 2 jam sebelum masa
berlepas. Tetapi aku, boleh pula terlewat dengan masa yang ditetapkan. Aduh!
Fauz tidak perasan pula dirinya
melanggar seorang gadis bertudung dan memakai T-Shirt lalu dipadankan dengan
skirt labuh yang sama warna. Sampai jatuh terduduk gadis yang tidak kenali itu.
“Husna!” panggil seorang lagi gadis
yang berlari anak mendapatkan Husna, gadis dihadapannnya.
“Miss!
I’m so sorry, U ok? Ujar Fauz sambil membuka kaca matanya untuk melihat
keadaan gadis yang namanya baru saja Fauz kenali.
Kelihatan gadis itu sedang
memicit-micit kakinya. Kasut bertumit tingginya ditanggalkan. Lebam merah
kelihatan jelas daripada pandangan Fauz. Kuat sangat ke aku langgar dia tadi?
Tapi apasal perempuan ni diam je. Tak jawab soalan aku. Getus hati Fauz.
Gadis itu cuba untuk bangun daripada
duduk. Tetapi hampir terjatuh sebelum Fauz pantas menyambut tubuh gadis itu.
Apabila gadis itu menyedari kelakuan jejaka itu, serta-merta gadis itu menolak
tubuh sasa Fauz jauh daripadanya.
“Don’t
touch me !!” ujar Husna tenang sambil memandang tepat
wajah tampan Fauz.
Fauz terpana memandang gadis
dihadapannya. Fauz melirik setiap inci wjah mulus gadis itu. Baru aku dapat
melihat wajah gadis ini. Sejak dari tadi, mukanya asyik tunduk ke bawah. Fauz
menelan air liur. Gila cute muka dia. Matanya yang tampak cantik walaupun sepet
macam orang cina. Hidung mancungnya tapi cute. Bibir merahnya yang dicalitkan
lipstick sungguh tertarik hatinya. Wajahnya yang muram itu nampak cantik dimata
Fauz. Kulit mukanya yang seperti putih kemerahan itu lagi memarakkan lagi jiwa
lelaki tersebut. Ah!! Fauz, apa yang kau buat ni? !
“Husna! Are you okay?” soal rakannya yang nampak seperti kacukan India
setelah menghampiri gadis dihadapannya.
Terus saja gadis kacukan India itu
memimpin tangan rakannya. Cuba menolong rakannya yang dalam keadaan kesakitan.
“I’m
so sorry for what happened, sir”
“No,
no! It’s okay. I’m just worried about your friend. Please forgive me. Are you
okay, Miss?” ujar Fauz kesal.
Gadis itu tidak mahu juga menjawab
pertanyaan Fauz. Malah berpealing daripada memandang wajah tampan Fauz.
“However,
we have to go first. We’re sorry, sir” ujar rakan gadis itu sambil berlalu
memimpin rakannya ke sudut lain.
Fauz pula rasa bersalah apabila
melihat gadis yang dilanggarnya begitu marah padanya. Riak wajah gadis itu
sememangnya menunjukkan gadis itu begitu marah dengan kelakuan tidak sengaja
Fauz. Hah!! Alamak!
Pantas Fauz berlari ke kaunter
pendaftaran. Macam mana aku boleh terlupa pula ni. Siap boleh leka lagi tengok
gadis tadi. Tak pasal-pasal aku boleh jadi lebih terlewat untuk perkara ini.
Adoi! Adoi!
SINAR matahari memancar itu pantas
menusuk mata Husna. Terkebil-kebil Husna mencapai bantal untuk menutup mukanya.
Sakit matanya melihat pancaran matahari menusuk matanya. Athena pun satu. Awal
betul dia bangun. Kalau ya pun janganlah buka langsir tu begitu luas.
“Athena!! Please! Janganlah kacau I
boleh tak. I nak tidur ni” rengek
Husna.
“Husna! You should be proud of yourself. Look, we were in Paris now. Ouh! I’m so excited” teruja Athena.
“You
baru tahu ke?” soal Husna malas-malas. Matanya masih terkatup rapat. Mengantuk
lagi ini.
“Takdalah. I sebenarnya memang teringin sangat nak pergi laur negara. Paris pun ok apa” jelas Athena.
“I
pun excited macam you jugak. But in this situation, I
nak tidur. Baru pukul 8 pagi’ ujar Husna. Pantas Husna menarik selimutnya
hingga paras dada. Bersedia untuk melelapkan matanya kembali.
“No,
no, no. Husna! Wake up!
Bangunlah, Husna!” jerit Athena perlahan. Pantas Athena menarik balik selimut
yang ditutupi seluruh tubuh Husna. “Bersiap cepat. 3 hours from now, kita kena
pergi jumpa Miss Haida” jelas Athena.
“For what?” soal Husna lagi. Dah la
semalam sampai ke Paris CDG Airport tepat pukul 3.00 pagi bagi di kawasan itu.
Sekarang ni pulak, kena bangun awal. Alahai.
“We
would like to trip!! Hehe” teruja Athena. “And, lepas kita round-round
dekat Bandar yang cantik ni, kita kena prepare
untuk majlis nanti. Jangan buat tak tahu pulak, ya? Klien kita nanti ada
mesyuarat penting petang nanti.” ujar Athena panjang lebar.
“Owh! Yelah. Baru I teringat. Penat punya pasal, sampai
lupa” ujar Husna sambil bergegas untuk turun dari katilnya.
Tanpa disangka, apabila melangkah
untuk turun dari katil, Husna jatuh terjelepok ke bawah sambil menjerit kesakitan.
“Ouch!!!” jerit Husna kesakitan.
“Eh!! Husna! Are you okay?” risau Athena lalu cuba memimpin Husna untuk bangun
semula. “You ni kenapa? Tergesa-gesa
sangat. Sabar la sikit. Kan dah jatuh!” rungut Athena.
“Bukanlah! Kaki I ni sakit. Berdenyut-denyut rasa. Lebam pula tu. Aduh!!” Husna
mengaduh kesakitan. Gila sakit. Boleh jadi biru lebam ni.
“Amboi. Kaki sendiri sakit pun tak
tahu?” gurau Athena.
Husna mula mengerutkan dahinya.
Husna berasa pelik.
“Kaki you tu memang dah sakit la. Takkan you tak tahu?”
“Bila masa kaki I sakit” Husna masih keliru.
“Oh
God! You memang betul-betul tak
tahu” Athena menepuk dahinya.
“You
ni kenapa? Macam tengok I ni bangang
sangat ke? Eh! I betul-betul tak
tahu, ok!” getus Husna. Husna mula memuncungkan mulutnya.
“Huh!! Husna, you kena langgar
semalam!” jerit Athena perlahan. Geram betul aku macam ni. Dia ni sekejap ingat
sekejap tak ingat.
“WHAT!!” jerit Husna. Rakan-rakannya
yang lain terkejut dengan jeritan Husna yang hampir kuat itu.
Husna menekan-nekan punat pada remote televisyen di ruang tamu yang
mewah itu. Takda siaran yang menyeronokkan baginya. Ahh! Bosalah duduk seorang
saja dalam hotel mewah ini. Tiada ada apa yang dapat menarik perhatiannya. Miss
Haida telah mengarahkannya untuk berehat saja di hotel ni. Maklumlah. Kaki Husna sakit sebab
kena ‘langgar’. Athena pun satu, ingatkan langgar kereta ke, lori ke. Langgar
orang je pun. Selalu buat dirinya terkejut.
Hmm. Nak jalan sana sini tak boleh
buat apa. Lebam ni masih baru. Sakit lagi. Mungkin dalam beberapa jam lagi,
sakitnya mula redha. Tapi, takkan nak tunggu berjam-jam. Boleh jadi mati beku
aku dangan bilik ni. Dah l;a sejuk.
Kalau bukan lelaki semalam yang
berjalan menonong tak tentu hala itu, pasti aku sekarang sedang seronok melihat
keindahan bandar ini bersama-sama rakan-rakan aku. Arggh! Kini, aku keseorangan
di bilik ini bersama kebosanan aku.
Dua jam kemudian. Perut mula
berkeroncong. Husna berasa lapar. Tiada apa-apa pun yang terhidang di meja
makan. Husna pada mulanya tidak mahu keluar disebabkan kakinya yang sakit.
Tetapi kerana lapar, terpaksa digagahkan diri untuk keluar di bandar Paris
tersebut.
Sebaik saja turun dari tingkat dua
puluh lapan bangunan hotel itu, Husna menoleh kanan dan kiri. Lalu melambaikan
tangan sebaik saja terlihat teksi untuk menaikinya. Terus saja teksi itu
meluncur laju ke jalan raya. Beberapa minit kemudian, Husna sampai ke sebuah
restoran yang cantik. Makanan yang dijual semuanya halal. Dengan kakinya yang
sakit, Husna terpaksa jalan perlahan-lahan memasuki restoran tersebut. Hampir
saja Husna ingin mencapai tombol pintu tersebut, Husna dilanggar sekali lagi
oleh seorang lelaki. Memang aku ni setiap hari kena langgar ke? Apa lagi yang
patah lepas ni?
“Owh! Sorry, Miss. I do not see you.
Sorry!”
Husna mula naik angin. Dia baru saja
ingin buka mulut. Tiba-tiba saja Husna terkejut dengan wajah lelaki tersebut.
“Awak!!!’ jerit Husna.
“Eh, awak. Nasib baik saya jumpa
awak lagi. Saya nak minta…..”
“Awak ni kenapa? Ni dah masuk dua
kali tau awak langgar saya. Sampaikan kaki saya ni lebam disebabkan awak tau.
Awak ingat saya nak maafkan awak?” marah Husna sambil mencekak pinggang. Merah
mukanya menahan marah.
“Sebab tu saya nak minta maaf kat
awak. Pasal semalam, pasal ni dan.. pasal kaki awak tu. Kaki awak ok ke tak?
Kalau tak boleh, saya tolong hantarkan awak balik” ujar Fauz simpati.
“Arrgh!! Tak payah. Lepas ni saya
tak nak jumpa awak lagi. Hurgh!!”ujar Husna geram lalu berpaling daripada
melihat lelaki itu. Terpaksa jalan terjengket-jengket berlalu daripada kawasan
itu. Terpaksa juga cari restoran yang lain berdekatan dengan kawasan tersebut.
Malas mahu berjumpa dengan lelaki itu lagi.
Fauz mengeluh dengan perangai pelik
gadis itu. Baru dapat peluang jumpa dengannya. Niatnya ingin meminta maaf pada
gadis itu. Harap-harap hati gadis itu terbuka menerimanya.
“Ehem!!”
Fauz pelik dengan suara garau di
belakangnya. Fauz terkejut melihat ramai orang sedang beratur di belakangnya.
Alamak!
“Excuse me!!” tegas suara orang
asing itu. Rupanya dah lama orang ramai tunggu dirinya beralih daripada berdiri
di hadapan pintu restoran itu.
“Sorry, sorry!” ujar Fauz lalu
beredar dari kawasan itu sambil tersenyum menampakkan barisan giginya yang
putih.
Pada petang itu, semuanya sudah siap
sedia untuk mengatur setiap meja makan di ruang bilik yang besar itu. Di sudut
lain pula telah siap terhidang makanan yang banyak termasuk manisan dan pencuci
mulut. Di sudut lain pula, sudah tersedia pelayan-pelayan tetamu memakai
pakaian vase khas untuk pelayan-pelayan tetamu di hotel. Husna dan Athena
sama-sama menyiapkan diri sebelum bermulanya majlis tersebut.
Tiba-tiba, ramai wartawan berkerumun
masuk ke pintu utama. Tetamu pertama telah pun hadir di majlis tersebut. Mr.
Hudsons bersama isterinya hadir memakai pakaian yang sedondon mengikut tema
majlis pada mala mini. Beliau baru saja bernikah dan baru pulangberbulan madu
di Hawaii. Kini pasangan ini hadir untuk memeriahkan lagi Hari Keluarga di
Syarikatnya.
Setengah jam berlalu. Semua tetamu
telah hadir di dalam dewan itu. Hanya tinggal untuk menghidangkan makanan untuk
tetamu sahaja. Husna dan Athena telah ditugaskan untuk melayan tetamu di meja
paling hadapan, iaitu meja VVIP. Husna bersama rakannnya, Bob akan
mendampinginya membawa dulang makan yang banyak khas untuk meja VVIP dimana
meja itu khas untuk Mr. Hudsons dan isterinya bersama rakannya. Jadi, Husna
agak gementar untuk bertemu dengan mereka.
Setelah makanan telah disediakan di
atas meja tersebut, Husna membawa air untuk dihidangkan pada tetamu itu. Husna
mula mesra dengan keluarga Mr, Hudsons dan mereka juga suka dengan layanan
Husna. Husna ingin menuangkan air pada lelaki di sebelah Mr. Hudsons. Sebaik
saja Husna bersemuka dengan rakan Tuannya, dirinya tersentap. Jejaka yang dia
jumpa pagi tadi ada di sini.
Fauz diam tidak berkata apa. Fauz
berasa geli hati melihat gadis itu cemas saja. Agaknya dia tahu aku ni kawan
pada Tuannya, Mr. Hudsons. Tapi, dirinya terpana melihat gadis itu. Memang
cantik walaupun dengan pakaian gadis itu yang khas untuk pelayan.
Sebaik saja Husna telah pun
menyediakan air, pantas Husna berlalu daripada tempat tu. Ingin melarikan diri
daripada lelaki yang pernah dimarahinya. Husna mula risau jika lelaki itu akan
pecat dia daripada pekerjaannya.
Jam sudah menganjak ke angka sebelas
malam. Tetamu yang lain sudah pun bersurai dan majlis tersebut telah tamat.
Husna masih lagi membersihkan meja makan. Tiba-tiba dirinya terkejut apabila
ada sesuatu menyentuh bahunya. Husna berpaling lalu dirinya jadi lebih terkejut
apabila lelaki yang dimarahinya ada di depan mata.
“I’m sorry, dear” ujar Fauz dengan
simpati. Kini dirinya rasa benar-benar sudah jatuh cinta dengan gadis comel
ini.
Husna mula cuak. Pantas Husna
mengambil pinggan di atas meja lalu berlalu daripada tempatnya. Fauz cuba memanggil
gadis comel itu. Tapi, Husna langsung tidak mengendahkannya. Baik aku lari
sebelum aku dipecat.
Keesokan harinya, Husna keluar dari
hotel. Hanya niat ingin berjalan-jalan saja. Husna masih dalam keadaan bimbang
dengan dirinya. Apa akan terjadi pada dirinya? Adakah kariernya selama ini akan
menjadi sia-sia hanya kerana sikap dirinya sendiri? Habislah! Segala
pengorbanan aku selama akan jadi sia-sia.
Tiba-tiba tangan Husna seperti
ditarik ke belakang. Husna terkejut. Ah! Habislah. Lelaki ni lagi. Apa dia buat
kat sini?
“Awak pergi mana? Saya belum habis
cakap lagi” ujar Fauz dengan keadaan dirinya yang lelah. Seperti baru saja
lepas kena kejar hantu. Agaknya. Tapi ada ke pagi-pagi buta ni ada hantu? Bisik
hati Husna.
Husna diam tak terkata. Malah
wajahnya menunduk ke bawah. Husna langsung tak perasan tangannya masih lgi
dipegang erat oleh Fauz.
Fauz tidak puas hati. Soalannya
masih belum dijawab. Fauz memanggilnya lagi. Kali ni dengan lembut. Husna masih
diam.
“Kalau encik nak pecat saya, pecat
lah. Saya dah tak kisah dah. Tolong lah biarkan saya sendirian. Saya tahu saya
bersalah. Tolong la encik, saya….”
“Saya cintakan awak!” ujar Fauz
pantas. Husna terkejut. Husna seperti mahu pengsan akan kata-kata lelaki itu.
HUSNA berjalan perlahan-lahan
memasuki bilik hotelnya. Selepas pintu hotel tersebut ditutup dengan sempurna.
Arggggghhhhhhh!!. Husna menjerit kegembiraan. Hatinya berdegup pantas apabila
mengetahui lelaki itu mencintainya. Husna langsung tidak mahu melepaskan
senyumannya. Kini hanya menunggu untuk pulang ke Malaysia untuk berjumpa
dengannya. Ah! Seronoknya. Ini ke perasaannya bila bercinta?
“Oi!” jerit Athena. “Buang tabiat
ke?” gurau Athena. Husna terkejut dengan laungan rakannya.
“Ish! You ni. Sibuk hal orang je”
ujar Husna gurau. Husna masih tersenyum kegembiraan.
Setelah beberapa hari, akhirnya
Husna kembali ke Malaysia. Fauz juga kembali bersama. Akhirnya mereka berdua
dapat mengekalkan hubungan cinta ini selama 5 bulan. Fauz akhirnya
berkesempatan ingin berkahwin dengan Husna. Husna dengan rasa gembira menerima
lamaran tersebut. Tapi..
“Umi langsung tak suka dengan budak
yang Husna kawan selama ni” ujar ibu Husna tegas melarang perhubungannya dengan
Fauz.
“Tapi, kenapa? Ayah! Tolong cakap
dengan umi, terima lamaran Fauz. Husna sayang sangat dengannya” rayu Husna pada
ayahnya.
“Husna! Dengar cakap ayah. Ayah
dengan umi dah buat kata putus. Husna tak boleh kawin dengan budak tu” ujar
ayah Husna tegas.
“Tapi, kenapa? Umi, umi cakap la
sesuatu” rayu Husna sambil melutut depan ibunya yang sedang duduk di sofa
sambil memeluk tubuh. Ibunya masih diam tidak mahu bersuara.
“Ayah dengan umi putuskan yang Husna
akan berkahwin dengan pilihan kami. Husna tak boleh bantah!” ujar ibu Husna
tegas.
“Husna cuma sayangkan Fauz saja.
Husna tak mahu siapa pun ada dalam hati Husna selain Fauz” ujar Husna lembut
cuba menenangkan hati kedua ibu bapanya agar dapat berbincang dengan baik.
“Umi tetap tak setuju. Sayang ke,
tak sayang ke, Husna mesti lupakan budak tu. Umi tak kira”
Husna mula menitiskan air mata.
Pantas Husna memasuki biliknya. Husna ingin menangis semahu-mahunya. Patah
hatinya mendengar kata-kata ibunya.
Keesokan harinya, Fauz menelefon
Husna.
“Hello! Awak! Awak ok ke? Kenapa
nangis ni?” ujar Fauz hairan.
“Awak! Umi saya tak izinkan kita
berkahwin. Tapi, umi saya dah tetapkan saya berkahwin dengan orang lain. Macam
mana ni, awak?” ujar Husna sambil tersedu-sedan dengan tangisannya.
“Tak mengapalah, awak. Kita fikir
cara lain. Sabar ya, awak. Awak…..”
Husna masih lagi bertutur, tapi tiba-tiba
saja telefonnya dirampas. Husna terkejut apabila ibunya merampas telefon bimbit
dari genggamannya. Ibunya terus keluar daripada bilik itu dengan wajah yang
mencuka.
Husna terkejut dengan keadaan
ibunya. Mengapa mesti begini? Apa yang aku nak buat? Husna kebingungan.
Sudah beberapa hari Husna tidak
dapat apa-apa berita tentang Fauz. Fauz pun dilarang untuk bertemu dengan
Husna. Kini, sudah ada berita buruk yang dapat menghalang hubungannya dengan
Fauz. Husna diberitahu bahawa keluarganya bakal berpindah ke Afrika selama 5
tahun atas pekerjaan. Husna terpaksa mengikut keluarganya pergi bersama. Tetapi,
yang membuatkan dirinya makin sebak, Fauz langsung tidak tahu menahu tentang
ini. Rakannya Athena juga tidak mengetahui. Hanya diberitahu Husna akan
berpindah. Tidak diberitahu dimana dan bila.
Fauz bagaikan gila mencari Husna
dimana dia berada. Fauz cuba berkali-kali menelefon Husna, malangnya tidak
terjawab. Fauz hampir putus-asa. Hatinya rebah jatuh dengan keadaannya.
Hubungan yang ingin baru terbina, runtuh dengan sia-sia. Kecewa bukan kepalang.
Bagaimana dirinya ingin mengharungi dunia ini tanpa Husna? Berapa lama hati ini
patah begitu saja?
Lima tahun kemudian.
Husna membuka pintu keretanya
setelah memakirkan keretanya di tempar pakir. Didepannya ada sebuah kedai kek
kegemarannya dahulu. Dirinya berhasrat ingin membeli kek kegemarannya. Husna
berjalan menuju ke pintu itu. Husna tak sedar dirinya terlanggar seorang
wanita. Husna terkejut apabila mengetahui orang yang dilanggarnya adalah
seorang wanita yang sedang sarat mengandung. Husna cepat-cepat membantu wanita
mengandung tersebut. Di sisi pintu itu terdapat bangku. Tanpa berfikir panjang,
Husna pantas membawa wanita mengandung itu duduk sebentar.
“Akak! Akak tak ada apa-apa ke? Saya
hantar akak ke klinik terus, ye? Saya minta maaf pasal tadi. Saya betul-betul
tak perasan akak. Saya minta maaf, ye kak?” Husna mula panik kalau-kalau
kandungan wanita itu terjejas sebabkan kemalangan kecil tadi.
“Eh! Takpa. Akak ok je. Anak akak
pun tak ada apa-apa. Tak payah susah-susah la” ujar wanita itu. Lembut saja
cara percakapannya.
“Eh! Tak boleh camtu kak. Akak kan
mengandung. Saya takut kalau ada apa-apa jadi dengan kandungan akak ni” ujar
Husna panik.
Husna terlihat ada sebuah klinik
kecil di sebelah kedai kek ini. “Akak, kat sebelah tu ada klinik tu. Saya bawa
akak ke klinik, ye?” ujar Husna bimbang.
“Tak pa lah, dik. Akak ni pun baru
je lepas pergi check kandungan ni. Kat klinik tu jugak. Tadi terlanggar pun
bukannya sampai jatuh terduduk. Akak sempat berpaut juga dengan tombol pintu
kedai ni” jelas wanita itu.
“Saya risau la, kak. Betul akak tak
ada apa-apa ni?” tanya Husna minta kepastian.
“Betul. Akak tak da apa-apa”
jawabnya lembut sambil tersenyum.
“Akak pergi seorang je ke? Suami
akak mana?” tanya Husna cuba beramah mesra.
“Owh! Suami akak ada kat dalam
klinik tu. Doktor tengah cakap dengan dia. Nanti dia keluar la tu” ujar wanita
itu.
Pintu dibuka perlahan-lahan daripada
dalam. Seorang lelaki yang berkemeja baru saja keluar daripada klinik. Lelaki
itu sibuk membelek beg yang dijinjingnya.
“Sayang! Jom kita….” Lelaki itu
tersentak melihat gadis yang bersama dengan isterinya.
“Haa! Itulah suami akak” ujar wanita
mengandung itu. Husna juga terkejut melihat lelaki yang dikatakan itu. Fauz!
“Awak ok ke ni?” tanya Fauz cuba
mengelakkan diri dari memandang gadis di sebelah isterinya.
“Saya ok, bang. Tadi terjatuh sikit
je. Dia ni lah yang tolong tadi” ujar wanita itu sambil memandang Husna.
“Err. Terima kasih banyak, ye sebab
tolong..err..isteri saya ni” ucap Fauz.
Husna tersenyum. “Tak mengapalah.
Kebetulan je” ujar Husna sambil tersenyum. Entah kenapa dirinya suka melihat
pasangan ini. Walaupun suaminya adalah Fauz. Kekasih lamanya.
“Tak mengapalah. Kami pergi dulu.
Terima kasih banyak sekali lagi. Assalamualaikum” ucap Fauz lalu membawa
isterinya berlalu pergi menaiki keretanya.
“Waalaikumussalam” jawab Husna.
Sebaik saja kereta yang dipandu Fauz berlalu. Husna menarik nafas panjang. Sayu
wajahnya melihat mereka. Entah hatinya dapat menerima takdir ini ataupun tidak.
Keesokan harinya, Husna pergi ke
pasaraya yang berdekatan. Husna sudah melupakan peristiwa kelmarin. Niat
dirinya kesini untuk membeli barang-barangan dapur. Dirinya baru saja dapat
menyewa rumah yang baru didudukinya.
Husna masih tercari-cari barang yang
mahu dibelinya. Masih lagi tidak jumpa. Husna berjalan di setiap tempat.
Tiba-tiba dirinya melanggar barang ditepinya. Segera dia mengambil barang itu
kembali. Tidak sempat untuk mengambilnya, seseorang telah menolongnya. Lelaki
itu menghulurkan barang yang diambil itu kepada Husna. Bulat mata Husna melihat
wajah lelaki itu. Fauz!
“Saya nak cakap dengan awak sekejap.
Please” ujar Fauz. Mulut Husna terkunci.
Beberapa minit kemudian.
“Macam mana awak tahu saya ada kat
sini?” tanya Husna ringkas.
“Hmm. Athena bagitau saya” jawab
Fauz. Athena masih setia menanti mereka berdua berbicara. Athena sendiri
dipaksa oleh Husna untuk menemaninya.
“Awak nak cakap apa?”
“Bila awak dah balik?” ujar Fauz.
“Dah seminggu” Husna masih tetap
dengan senyuman manisnya.
“Awak pergi mana selama ni? Saya
cari awak dah hampir setahun tau” ujar Fauz dengan wajahnya yang sayu.
“Saya pergi ke Afrika. Selama lima
tahun” ringkas saja jawapan Husna.
“Kenapa awak tinggalkan saya” suara
Fauz cuba meninggi sedikit.
“Bukan semua ini yang saya nak, ok.
Saya dipaksa ikut parents saya pergi”
Husna tetap dengan suaranya yang lembut. Tidak mahu menimbulkan kemarahan
antara satu sama lain.
“Maafkan saya kalau saya tak dapat
pertahankan awak. Sepatutnya saya tak boleh putus asa cari awak selama ni”
“Awak tak boleh cakap macam tu.
Sepatutnya awak fikir dulu isteri awak sebelum cakap macam tu. Sepatutnya awak
dah boleh lupakan saya lepas awak kawin dengan isteri awak. Jangan sesekali
abaikan isteri awak” Husna mula bersuara keras tapi tetap tenang.
Fauz senyum. “Saya tau awak akan
cakap macam tu. Jangan risau. Saya dah dapat kebahagiaan saya sendiri”
“Baguslah macam tu. Saya gembira
kalau awak dah dapat cari kebahagiaan awak sendiri. Lagipun, awak kan tak lama
lagi jadi bapa” Husna senyum gembira. Cuba bergurau senda.
“Terima kasih la sebab bagi nasihat.
Saya sendiri pun tak sangka. Isteri saya mengandung.” Fauz tersenyum.
“Dah berapa lama dah awak
berkahwin?” tanya Husna. Cuba bermesra. Athena yang sedang duduk di antara
mereka berdua pun turut tersenyum. Athena sendiri pun takut juga kalau mereka
bertengkar sesama sendiri. Rupanya tidak. Bijak mereka mengawal diri sendiri.
Agaknya mereka dah boleh terima kenyataan. Mereka boleh jadi rakan.
“Sudah hampir empat tahun” ujar
Fauz.
Husna terkejut. “Empat tahun? Yang
dalam kandungan tu anak ke berapa?”
“Baru saja anak yang sulung” ringkas
jawapan Fauz. Dirinya tahu pasti Husna terkejut.
“Wow. Tak sangkanya saya” Husna mula
berasa gembira amat. Itulah rezeki mereka.
“Tulah. Saya sendiri pun tak sangka”
Fauz tersenyum gembira.
“Tahniah untuk awak”
“Terima kasih. Oh! Ya. Awak pula
bila? Dah ada calon?” tanya Fauz pula
Husna tersenyum. “Saya dah pun
bertunang”
“Owh! Baguslah. Saya gembira untuk
awak juga” Senyuman Fauz tidak mahu lepas. “Saya rasa dah tibanya saya balik
sekarang”
“Ya!” Husna bangun daripada tempat
duduknya bersebelahan dengan Athena. Athena juga turut bangun.
“Anggaplah kita ni kawan sahaja.
Tapi tak pernah jumpa” ujar Husna.
“Kita lupa saja apa yang dah lepas.
Mungkin bukan takdir kita. Tapi Allah beri kita lagi terbaik untuk kita. In
syaa Allah” ucap Fauz lembut.
“Ya. Betul tu” Husna angguk dengan
kata-kata Fauz.
Fauz menaiki keretanya. Dia membuka
tingkap keretanya. “Selamat tinggal Husna. Jumpa lagi” ucap Fauz sambil
melambai pada Husna. Husna masih setia berdiri di tempatnya. Husna tersenyum
sambil menyambut lambaian Fauz.
“Selamat tinggal Fauz” ucap Husna
selepas kereta yang dinaiki Fauz berlalu pergi. Husna mula mengalirkan air
mata. Akhirnya beban yang selama ini dirinya tanggung, terlepas dari
genggamannya.
Dirinya harus sedar, Fauz bukan
miliknya. Mungkin Fauz bukan yang terbaik untuk dirinya. Cinta yang terhalang
ini pasti ada hikmahnya. Husna gembira hubungan ini bukan berakhir dengan
pertengkaran atau perbalahan. Tapi berakhir dengan gembira. Husna tidak mahu
mengganggu kebahagiaan Fauz yang dikecapinya. Cukuplah hanya sekadar rakan
semata-mata. Husna berharap hubungan ini dapat berkekalan. Walaupun hakikatnya
pertemuan ini adalah pertemuan akhir mereka. Husna berhasrat tidak mahu
berjumpa dengan Fauz lagi. Yang sudah lepas, perlu lupakan. Inilah hari yang
baru buat dirinya. Jangan sesekali menoleh kebelakang lagi. Dirinya harus memandang
ke depan. Husna gembira kerana Fauz juga gembira.
-TAMAT-
/ animustapa.blogspot.com /
Labels: OneShort