Ani Mustapa ; The GIRL Who Love Writing
Read Entry PortfolioFollow
Oneshort: Saranghaeyo Cintaku
June 07, 2013 • 10:33 PM • 1 Love Note(s)


Danish menonong meninggalkan isterinya dibelakang. Kata nak sangat keluar dinner. Nak ambil hati la konon. Bila sampai di taman terus si Danish ni jalan menonong di depan. Tak romantik langsung.
            “Boleh tak awak jalan perlahan sikit?” ujar Sharie tidak puas hati. Nak bawa aku ke taman malam-malam macam ni. Hanya lampu jalan saja yang menerangi kami berdua.
            “Tolong, ya jangan nak stop tiba-tiba. Kalau tak nak ikut, tak payah ikut” ujar Danish. Mukanya selamba sambil berpeluk tubuh menghadap isterinya yang baru saja dia nikahi 2 bulan yang lepas.
            “Sudahlah, saya tak nak ikut awak lagi” ujar Sharie geram. Danish langsung tidak pedulikan perasaan Sharie lalu berpaling meninggalkannya.
            “Saya Benci Awak!!” jerit Sharie geram. Danish memberhentikan langkahnya. Tersentap dengan kata-kata Sharie. “Sejak saya kahwin dengan awak, perangai awak menjengkelkan saya. Memang pada mulanya saya benci awak. Tapi..Saya Cintakan Awak. Walaupun hakikatnya awak tak pernah peduli pun. Sangka saya awak akan menerima saya, rupanya tidak” jerit Sharie geram.
            “Actually, I don’t wish to end up my life with you!” ujar Danish geram dengan egonya yang masih lagi belum hilang. Tersentap Sharie dengan kata-kata suaminya. Sharie menundukkan wajahnya. Air matanya berjujuran jatuh dengan lajunya. Sampai hati Danish berkata sedemikian.
            Tiba-tiba, terasa tangannya lembut menyentuh sesuatu. Danish memegang erat tangan Sharie. Lalu memeluk erat tubuh kecil Sharie. Danish membisikkan sesuatu.
            “Jangan tinggalkan saya” bisik Danish lembut di cuping telinga Sharie. “Saya sayang awak, Sharie. Tolong jangan tinggalkan saya” bisiknya lagi.
            Sharie terpanar dengan kata-kata suaminya. Sharie tersenyum dengan air matanya tetap berjujuran jatuh. Terima kasih, Ya Allah kerana temukan kati kami.
            Di dalam pelukan itu, Danish menyarungkan sebentuk cincin permata yang seharusnya menjadi tanda cina mereka. Sharie berasa sebak dengan pemberian itu. Itulah yang dia tunggu-tunggukan hingga hari ini. Sharie menangis kegembiraan lalu membalas pelukan Danish dengan erat. Seolah-olah tidak mahu melepaskan detik kegembiraan ini. Inilah pelukan pertama mereka.

TAMAT

/http:animustapa.blogspot.com/

Labels:


OLD / NEW