Cerpen Untuk Anda
August 07, 2011 • 9:20 AM •
Gadis Berkebaya Putih Itu Datang Lagi...
Malam itu, malam Jumaat. Saya tiba di Hentian Puduraya kira-kira pukul 1.15 pagi selepas balik bercuti dari kampung di Batu Pahat, Jahor.
Saya segera mendapatkan teksi untuk pulang. Seorang lelaki tua yang memperkenalkan dirinya sebagai Pak Din berusia 50-an tersenyum menyambut saya.
Lalu saya menyatakan pada Pak Din hasrat ingin pulang ke rumah di Taman Koperasi Polis, di Gombak. Saya terus naik dan duduk dibahagian teksi.
Sepanjang perjalanan, saya banyak berborak dengan Pak Din. Pak Din ramah orangnya. Walaupun keletihan, saya layan juga berborak dengan Pak Din. Yalah, saya takut juga kalau dia mengantuk ketika memandu teksi.
Pebualan kami menjadi semakin rancak, ada-ada saja kisah yang Pak Din kongsikan pada saya. Kami saling bertukar-tukar cerita. Teksi Pak Din terus meluncur di jalan raya.
Ketika melalui Kampung Batu, Pak din memperlahankan teksi apabila melihat seorang gadis berkebaya putih sedang melambai-lambai di hentian bas di hadapan sekolah agama.
"Alia, Pak Din ambil penumpang ini ya? Alia pun dah hampir sampai. Bagaimana? Boleh tak?" soal Pak Din. Saya hanya mengangguk tanda setuju kerana rumah saya hanya tinggal beberapa kilometer sahaja lagi. Lagipun lewat-lewat begini teksi sangat kurang. Kasihan juga pada gadis berkenaan.
Pak Dinn memberhentika teksinya. Gadis berkebaya putih tadi membuka pintu dan terus naik lalu duduk di sebelah saya. Tiba-tiba, seluruh ruang udara dalam teksi bertukar menjadi sangat harum. Baunya seharum Bunga Cempaka. Dada saya mula berdebar -debar. Haruman semerbak itu datang dari tubuh gadis berkebaya putih itu.
"Saya nak ke kubur". Beritahu gadis tersebut pada Pak Din. Ke kubur? Saya mula gelisah. Tadi tercium bau harum, sekarang nak ke kubur pula! Siapa gadis berkebaya putih ini? Kepala saya mula bermain dengan pelbagai soalan.
Meremang bulu roma saya. Saya memberanikan diri menoleh ke arah wajahnya dengan ekor mata sahaja.Wajah gadis ini sungguh cantik. Kulitnya putih mulus,matanya berseri-seri. Saya tidak pernah melihat gadis seputih dan secantik ini. Wajahnya ayu dan lembut
Gadis ini mengenakan baju kebaya nona putih seperti persalinan wanita hendak bersanding di atas pelamin. Rambutnya panjang tersisir rapi, berwarna hitam berkilat dan beselndang putih.
Apabila menyedari saya memandangnya, gadis tersebut melempakan senyuman. Saya tidak membalas kerana saya terlalu takut. Seluruh roma tengkuk saya turut meremang. Kaki saya menggigil-gigil. Teksi Pak Din terus meluncur laju. Masing-masing terdiam macam ada malaikat lalu. Sesekali saya persan juga Pak Din menjeling-jeling pada cermin pandang belakang melihat gadis yang duduk sebelah saya.
Jikalau tadi kami sangat rancak berborak, tapi sekarang semua perbualan mati. Yang kedengaran hanya bunyi penghawa dingin teksi Pak Din sahaja. Apabila menyedari kawasan kubur sudah semakin hampir, dengupan jantung saya semakin kencang terasa. Sesampainya di kubur, Pak Din memberhentikan teksi. Saya tidak berani pandang ke luar. Saya merasa seram dan takut. Apa lagi malam itu malam Jumaat.
"Dah sampai dik, RM3.50 sahaja..." Beritahu Pak Din. Gadis tersebut menghulurkan RM10.00 pada Pak Din. Ketika Pak din sedang mengambil baki duit, gadis tadi terus keluar dari teksi. Saya tidak sanggup memandang gadis itu. Seluruh anggota badan saya menggigil ketakutan. Setahu saya, kawasan kubur ini memang tiada kediaman. Penmpatan terdekat terletak kira-kira 300 meter dari situ.
Saya tertanya-tanya, mengapa gadis berkebaya putih ini mahu berhenti di kawasan kubur? Kemana sebenarnya dia mahu pergi dan siapakah gerangan si gadis ini? Apabila Pak Din toleh saja ke belakang mahu menghulurkan duit baki, saya beritahu Pak Din gadis tadi baru saja keluar dari teksi. Pak Din hairan. Gadis bekebaya putih ghaib! Saya pula tergamam, tidak menduga mengalami pengalaman sebegini yang sungguh menyeramkan.
Tanpa membuang masa, Pak Din segera menekan minyak dan memecut laju teksinya. Setelah sampai ke rumah di Taman Koperasi Polis di Gombak, saya terus membayar tambang lalu berlari masuk ke rumah. Malam itu saya tidur dalam ketakutan. Kira-kira seminggu selepas peristiwa menyeramkan itu berlaku, saya diketemukan sekali lagi dengan Pak Din. Ketika itu saya saya sudah habis waktu syif malam dan saya ingin pulang ke rumah. Secara kebetulan saya menaiki teksi yang dipandu oleh Pak Din.
Sepanjang perjalanan kami berborak mengenai pengalam yang kami lalui pada malam berkenaan yang dinaiki gadis berkebaya putih. Aneh sungguh! Selepas peristiwa tersebut, alhamdulillah rezeki Pak Din melimpah-ruah. Pernah dalam sehari Pak Din beroleh pendapatan sehingga RM500 ke RM600. Biasanya agak sukar bagi Pak Din memperoleh pendapatan sebegitu banyak pada hari-hari biasa. Pak Din turut memberitahu saya wang kertas sepuluh ringgit itu tidak digunakan kerana dia mahu menyimpannya sebagai kenang-kenangan. Peliknya, wang kertas RM10 itu masih berbau harum sehingga sekarang. Pak Din memberitahu saya, kononnya gadis berkebaya putih itu baru pulang menganggu teman lelakinya. Gadis itu dikatakan telang meninggal kerana kecewa dengan teman lelakinya.
Cara kematian gadis tersebut tidak diketahui. Menurut Pak Din, beberapa temannya yang juga pemandu teksi pernah mengalami situasi yang sama. Hampir setiap malam Jumaat, kira-kira tiga bulan lepas. Segala-galanya masih segar dalam ingatan saya. Siapakah gerangan gadis berkebaya putih itu?
>TAMAT<
Inspirasi daripada kisah benar
Nur Syawalwatti Bt Masmu @ Shasha
Tingkatan 2 Ikhlas (2010)